Page Rank Check
[close]

Photoshop: Style Presets


Hi semua, biskoot ada seekor burung pink comel kat belah kiri blog. Burung pink tu terbang dari blog Aiz ke biskoot. Atas sebab apa? itu yang kita semua tak tahu. Sekarang ada berlaku sedikit perubahan, ini sebab biskoot sedang cuba memperbaiki & mengupgrade ke'mantop'an blog ni. Sinopsis tutorial kali ni, style presets boleh digunakan pada teks atau gambar untuk menjimatkan masa dan juga bagi yang baru nak cuba bereksperimen dengan style. Tutorial ini panjang, kamu boleh skip mana-mana step yang dah tahu dan klik pada imej untuk besarkan jika tidak jelas. Tutorial ini akan tunjukkan cara menggunakan style presets.


1. Buat kanvas baru, klik File > New (Ctrl + N).


2. Klik pada arrow Preset (merah) dan pilih Web untuk tutorial ini.


3. Pastikan semua setting serupa seperti imej diatas dan klik Ok.


4. Klik pada Type Tool.


5. Arrow biru untuk tukar jenis font. Arrow pink untuk tukar saiz font. Ikon kuning untuk tukar color font. Ikon hijau untuk buka panel text setting (coklat). Setkan semua setting seperti imej diatas.


6. Tulis apa-apa perkataan pada kanvas seperti biskoot, biskut atau biscuit (eh cam serupa je ayat-ayat ni).


7. Klik pada Window > Styles untuk buka panel styles.


8. Panel styles adalah seperti imej diatas. Preset didalam panel adalah style yang boleh digunakan.


9. Cara menggunakan styles, pastikan layer yang hendak diapply telah dipilih. Seterusnya klik pada mana-mana preset style. Seperti yang dipaparkan adalah style dari preset kedua (merah).


10. Contoh yang lain adalah style dari preset ke15 (merah).


11. Jika kamu berminat membuat style preset sendiri, klik pada ikon fx (merah) seperti diatas. Pastikan layer dipilih dahulu.


12. Imej diatas adalah jenis styles yang ada. Klik Drop Shadow dan popup style akan keluar.


13. Pada bahagian kiri adalah jenis style. Bahagian tengah pula adalah setting style. Pastikan kotak (merah) bertanda jika mahu jenis style tersebut diaktifkan.


14. Klik butang mouse kanan pada layer yang mempunyai style. Pada menu dibawah sekali, kamu boleh copy, paste atau clearkan (remove) style pada layer yang dipilih.


15. Klik pada ikon (purple) di panel styles. Bahagian merah rujuk no 16. Biru rujuk no 17. Kuning dan hijau rujuk no 18.


16. (a). Text List, (b). Small Thumbnail, (c). Large Thumbnail, (d). Small List, (e). Large List. Ini bergantung kepada kamu, biskoot selalu guna Small Thumbnail.


17. Preset Manager. Kamu boleh manage semua style yang ada disini.


18. Reset Styles, tukar kepada set style default (asal). Load Styles, tambah set styles yang baru. Save Styles, save set styles dalam bentuk file (format .ASL). Replace Styles, tukar set style yang baru. Dari Abstract Styles sehingga Web Styles adalah set styles yang sedia ada dalam photoshop.


19. Jika kamu membuat style preset sendiri, klik pada ikon (merah). Pastikan layer yang dipilih sudah mempunyai style.


20. Isikan nama style tersebut dan klik Ok.


Lihat pada style yang terakhir sekali untuk pastikan ia telah jadi sebagai preset. Jangan lupa untuk Save Styles preset yang telah kamu buat. Untuk save rujuk no 18. Banyak website yang sediakan set style, jadi rajin-rajinlah search kat pakcik Google dengan keyword 'free photoshop style preset'. Pastikan style yang kamu telah download berformat .ASL. Jika kamu ada pertanyaan atau pendapat mengenai tutorial ini, sila tinggalkan di bahagian komen. :)


Kongsi artikel ini dengan kawan di Facebook, tekan butang 'Like'. TQ. :)

Skip to comment form | 7 Comments:

Anzur Anuar said on Monday, May 24, 2010

nice post yo!!
last entry: Koleksi gambar bermain dengan makanan

AR said on Monday, May 24, 2010

:) nice!

Anonymous said on Monday, May 24, 2010

nice tutorial...

Biskoot said on Tuesday, May 25, 2010

terima kasih semua, biskoot akan buat yang terbaik. ;)

Cipina said on Saturday, May 29, 2010

blog ni cantik. patut lah dapat title blog kacak blogger kategori lelaki :D:D

tengok kat sini

Biskoot said on Saturday, May 29, 2010

oh tq, xsangka tersenarai kat situ. tq cik fina maklumkn pasal ni. :)

pZah said on Saturday, May 29, 2010

suka tutorial cmni. n blog ni mmg menarik. sejuk mata memandang. :D

Post a Comment

Jangan segan-segan untuk tanya soalan @ luahkan pendapat. Tuan blog ni tak makan orang. Dia makan nasi pattaya & minum air horlick je. Tinggalkan link terbaru supaya tuan blog boleh melawat semasa sesi terjahan beliau berlangsung. Gunakanlah smiley yang ada dengan serakusnya. :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))


Newer Post Older Post Home