Tiga Dalam Satu, Apa Pandangan Kamu?


Salam. Rasanya ni pos terakhir aku untuk berhenti berblog sementara waktu. Jadi aku cuba bagi pos ni panjang sedikit. Kamu tak kisah baca panjang-panjang kan? Jadi saat pos ni telah publish, kamu tidak akan lihat bahagian Merepek Meraban (chatbox) yang berada di sidebar blog ini sehinggalah ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Nak tahu apa yang best pasal pos kali ni? Silakan baca pos 3 dalam 1 ni sampai habis. Haha macam jual produk serbuk minuman je.

Jom fokus pada tahun, 2012. Ada apa dengan tahun itu? Para saintis mengatakan yang bencana besar-besaran (kiamat) akan berlaku pada tahun itu. Nak percaya atau tidak? Sila jawab sendiri dalam hati. Yang penting, perkara ghaib seperti tarikh berlakunya kiamat hanya Allah saja yang tahu. Kalau kamu lihat sekarang, banyak filem yang berkisahkan tentang bencana-bencana yang berlaku. Salah satunya, filem Knowing yang dilakonkan oleh Nicholas Cage. Filem tersebut berakhir dengan bencana terhadap bumi yang disebabkan ribut solar matahari semakin membesar dan telah menghancurkan separuh permukaan bumi. Tsunami, ribut taufan, penyakit dan pelbagai lagi telah ada sekarang. Aku bersyukur sebab aku dapat hidup lagi sekarang di negara Malaysia. Tidak seperti saudara kita di Palestin, mereka hidup sengsara disebabkan peperangan. Kalau kamu nak tahu lebih lanjut tentang 2012, sila search pakcik Google : 2012. Psst: Selesema babi dah menular kat Malaysia, risau pula nak jalan-jalan kat bandar.

Citer apa lagi ye, okeylah mari baca fakta tak penting. Tahukah kamu? Sebenarnya seseorang yang bernama Ahmad Zaim berkerja sebagai penjaga a.k.a supervisor cybercafe (grand skit bunyi haha) setiap hari pada waktu malam tanpa gaji. Haa.. mesti ramai terkejutkan, kenapa aku kerja takde gaji. Cybercafe yang aku jaga tu kepunyaan ayah aku, konfem la takde gaji kalau dah kos makan minum semua ayah aku tanggung. Haha. Lagipun ayah aku bagi elaun juga setiap hari, aku anggap elaun tu sebagai gaji. Walaupun aku jaga cybercafe setiap hari, aku cuma boleh guna Yahoo Messenger sahaja untuk cek emel. Kalau nak tulis blog tu, memang payahla sebab idea asyik terbantut dan tambahan lagi kena tolong customer. Sebab itulah aku telah hadkan untuk post tutorial sekali seminggu. Sekarang ni cybercafe tu tengah renovate sebab nak tambah servis lain lagi. Memang tiap-tiap hari muka aku je duduk hadap komputer, konklusinya kemahiran komputer aku pun bertambah. Perenggan ni macam syok sendiri je. Haha.

Kamu tahu tak? Sekarang sudah masuk sebulan setengah blog Biskoot dibina. Jadi sebagai tanda penghargaan aku nak bagi hadiah kepada pelawat blog Biskoot. Tanpa kamu, lemaulah biskut-biskut di blog ni. Tetapi disebabkan aku bukan orang cop duit, aku cuma boleh bagi hadiah untuk 5 pelawat bertuah yang dipilih secara rawak. Hadiahnya, topup RM5 untuk rangkaian Maxis, Digi dan Celcom (hadiah tidak boleh ditukar kepada wang ringgit). Aku ingat nak bagi kat follower Blogger dan Twitter. Tetapi kalau jadi follower, klik butang follow je boleh dapat hadiah. Rasa macam tak adillah pula. Kesimpulannya, aku bagi kepada para komentar blog Biskoot. Hehe. Ini bukan pertandingan tau, abaikan label 'contest' yang aku letak. Kamu jangan buat spam pula kat kotak komen aku nanti. Jadi bila agaknya keputusan diberitahu ? Kalau kamu dapat mesej dari aku disuruh untuk memberikan emel, kamulah pemenangnya. Ingat siapa tak tuntut sehingga 24 Mei nanti, hadiah kamu dikira lesap sebabnya aku dah masuk asasi. Bagi sesiapa pengguna handphone bukan prepaid, sila beri kepada sesiapa yang kamu mahu. Terima kasih.

Masalah Teknikal: Minta maaf. Pos Kali ni takde tutorial .Aku rasa tak sedap hati pula hari ni.
[Read More...]

Pendedahan Berani Dan Penggunaan Style Photoshop

Salam. Maaf kerana sudah lama tidak update blog ini, biskut-biskut pun dah lemau aku tengok. Jap lagi aku tukar dengan biskut chipsmore yang rangup. Haha. Aku akan cuba untuk mereply komen kamu secepat yang mungkin, membaca blog kamu sekerap yang mungkin ataupun bergayut di chatbox kamu selama yang mungkin. Jadi bawa bersabarlah kamu kerana kamu dikalangan orang-orang yang bersabar. Sebelum aku berhenti berblog buat sementara waktu, aku ingin membuat pendedahan berani kepada kamu semua. Rasanya tak semua blogger yang membuat pendedahan berani kat blog masing-masing. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk menjadikannya satu isu. Haha. Aku pun malas cakaplah, kamu tengok sendiri la gambar kat bawah ni. Sebenarnya memang tak berani pun. Seganlah. Haha.


Aku harap, second level junior (macam MLM pula) yang aku ajar Photoshop pada hari Khamis lepas ada baca blog ini. Aku minta maaflah kalau ada tersilap komunikasi, aku pun sendiri susah nak terangkan kerana cara pemahaman aku dan kamu berbeza. Harapan aku, kamu followlah tutorial yang ada kat dalam blog ni supaya kamu mendapat input bukan sahaja didalam kelas tetapi anytime anywhere (cuba teka slogan dari syarikat mana ni? hehe). Kalau kamu ingin mendapatkan personal-coaching (pergh! macam profesional plak aku ni. haha) daripada aku, silalah add aku menggunakan id ym yang telah diberikan kepada kamu semasa dalam kelas.


Pos kali ni tak banyak cerita tentang tutorial, tapi aku nak kongsi dengan kamu sedikit bahan yang aku gunakan untuk mengedit teks dalam Photoshop. Aku pun lupa dari mana aku download set style ni tapi yang pasti bukan aku yang buat. Kamu boleh download melalui link ini, Web 2.0 Layer Styles. Cara menggunakannya, sila rujuk pada gambar diatas (klik untuk besarkan). [1] Klik Window > Styles. [2] Setelah window Styles dipaparkan, klik pada button yang ditunjukkan dan pilih Replace Styles. [3] Cari set styles yang ingin digunakan dan klik Load. [4] Selepas memilih styles, klik pada layer yang ingin diaplikasikan dan klik mana-mana style yang kamu suka. Sonang ajo kan? Hehe. Sila guna ruang komen dibawah untuk bertanyakan soalan. Lagu ni untuk semua ibu-ibu di dunia dan juga khas kepada ibuku.

[Read More...]

Study Vs Blog 1

"Tahniah, anda telah berjaya ditawarkan program asasi sains fizikal di UM."
Salam. Ha aku dah cek didalam laman web MOHE dan keputusannya amat memberangsangkan. Akhirnya, aku dapat pilihan kedua aku iaitu asasi di UM. Jadi pilihan muktamad untuk aku meneruskan pembelajaran teknikal ialah di Universiti Malaya. Aku sudah berubah fikiran dan tawar hati untuk pergi ke matrikulasi. Kelebihan di matrikulasi , ramai kawan-kawan aku yang dapat disana untuk buat study group amat senang. Tetapi ada segelintir daripada sekolah lama aku dapat di UM, kebanyakkannya perempuan la. Hehe. Si Edora pun dapat di UM juga dalam kos yang sama.

Bahawasanya aku diberi arahan untuk melaporkan diri pada 25 Mei ni. Skemanye ayat. Haha. Lama lagi ke tak tu? Sempat la kot untuk aku menulis beberapa tutorial untuk kamu. Setelah hampir pada tarikh tersebut, aku dengan rasminya ingin berhenti blogging buat sementara waktu. Bukan berhenti selama-lamanya tau, hanya untuk beberapa bulan. Ini untuk memudahkan aku fokus pada pelajaran aku yang sering kali tidak konsisten. Jadi aku persilakan kamu untuk membaca atau menggeledah pos-pos yang terdapat di dalam blog ni.


Oh ya, aku akan lockedkan sementara chatbox di blog aku pada masa tersebut. Bukan apa, aku cuma tidak mahu terlepas mesej-mesej yang kamu sampaikan. Tetapi aku akan biarkan kamu memberi comment pada mana-mana pos untuk memudahkan aku untuk merujuk semula. Dan jangan lupa subscribe atau follow blog ini dan aku juga akan berbuat demikian pada kamu. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Mula dah berfalsafah aku ni. Haha.

Kalau kamu ingin membuat rekues tutorial photoshop ataupun cara-cara bypass, aku persilakan tetapi berdasarkan limit aku terhadap sesuatu perkara. Sila gunakan komen dibawah untuk membuat rekues. Lagipun aku sibuk mencuba business yang diperkenalkan oleh kawan aku. Jadi dalam seminggu aku akan publishkan satu pos tetapi jika aku ada masa terluang mungkin lebih dari satu. Asyik banyak cakap je, mari kita dengarkan lagu ni. Sesuai untuk montaj kahwin. Haha, ni sebab bro Peijan la tunjuk gambar photography wedding. Perlukan khidmat beliau? Layari blog dia.


[Read More...]
Older Post