Page Rank Check
[close]

Photoshop: Photomerge


Hi semua, fuh penat biskoot pergi berjalan-jalan ke Kemensah rabu dan khamis lepas. Alih-alih terlupa bawa kamera, terpaksa la buat muka tak malu pinjam henset member yang berkamera. Oleh sebab event itu, biskoot tak sempat nak blogwalking dan reply comment korang. Apa jua sekali pun, biskoot tetap akan berikan tutorial yang terbaik untuk korang. Bagi yang rekues tutorial bokeh, kebanyakan tutorial tersebut menggunakan plugin alienskin yang berbayar, jadi tutorial tu masih dalam k.i.v lagi ok :) . Photomerge adalah tool untuk menggabungkan gambar-gambar yang diambil dari pelbagai sudut yang berasingan. Tutorial ini akan tunjukkan cara untuk gabung gambar guna photomerge.


1. Untuk nak start buat, klik File > Automate > Photomerge.


2. Satu window akan keluar, klik Browse dan pilih gambar-gambar yang nak digabungkan.


3. Setelah pilih gambar, pilih Layout yang korang suka, biskoot pilih Reposition Only. Auto (biru) = photoshop akan tentukan layout. Perspective (pink) = view perspektif. Cylindrical (kuning) = view cylinder. Reposition Only (hijau) = view biasa cuma posisi dialihkan. Interactive Layout (coklat) = korang boleh tentukan sendiri bahagian mana yang nak digabungkan.


4. Setelah beberapa kurun saat menunggu prosesnya siap, lebih kurang camnilah hasil yang korang dapat nanti.


5. Seterusnya klik pada Crop Tool.


6. Cropkan pada bahagian yang diperlukan supaya bahagian transparent (kotak-kotak kelabu) dibuang.



7. Akhirnya korang akan dapat satu gambar panorama yang superb walaupun guna kamera henset.

Sebelum

Selepas

Bagi mereka yang baru sahaja kenal blog ni, korang boleh surf tutorial lain melalui tab Tutorial. Jika korang ada pertanyaan atau pendapat mengenai tutorial ini, sila tinggalkan di bahagian komen. :)


Kongsi artikel ini dengan kawan di Facebook, tekan butang 'Like'. TQ. :)

Skip to comment form | 7 Comments:

tia said on Friday, May 28, 2010

hebat sey dia!

Biskoot said on Saturday, May 29, 2010

adeyh, jgn puji. tgk da kembang perut ni. haha.

zool said on Saturday, May 29, 2010

wah.. byk ilmu ni..
baru dpt link ni dari blog ariff.. caiyoklah.. terbaek ni

A-Y-I-E said on Sunday, May 30, 2010

Tutorial yang amat berguna.Tapi malangnya saya tiada software ini...

Biskoot said on Sunday, May 30, 2010

@zool - tq zool. :)

----------------

@ayie - software ni blh donlot. yg portable version punya, saiz cuma 50-60mb sahaja.

SD said on Thursday, June 10, 2010

rasa cam nak sambung blaja bahgian ni plak pas abes ijazah nie...huhuhuhu.......

Biskoot said on Saturday, June 12, 2010

bagu2 teruskan usaha.. ;)

Post a Comment

Jangan segan-segan untuk tanya soalan @ luahkan pendapat. Tuan blog ni tak makan orang. Dia makan nasi pattaya & minum air horlick je. Tinggalkan link terbaru supaya tuan blog boleh melawat semasa sesi terjahan beliau berlangsung. Gunakanlah smiley yang ada dengan serakusnya. :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))


Newer Post Older Post Home