Page Rank Check
[close]

Photoshop: Imej Lakaran


Hi semua, ini bukanlah cerita Brokeback Mountain yang kamu fikirkan. Mereka adalah model untuk tutorial ini, jejaka yang di kiri, Firdaus dan kanan, Faez. Baiklah bagi post yang lepas, saya bercadang ingin menggunakan video untuk tutorial. Malangnya, beberapa rakan saya berdengus (bayangkan kuda) kerana wireless di  kawasan kolej mereka amatlah berkelajuan super siput. Seperti yang sedia maklum, tutorial ini akan tunjukkan cara membuat imej lakaran. :)


1. Klik File > Open (Ctrl + O), pilih gambar yang kamu nak edit.


2. Pada layer Background di panel layer, klik mouse kanan dan Duplicate Layer.


3. Pada layer yang baru duplicate, klik Image > Adjustments > Desaturate (Shift + Ctrl + U).


4. Duplicatekan layer baru tadi, rujuk no 2.


5. Pada layer duplicate yang kedua, klik Image > Adjustments > Invert (Ctrl + I).


6. Tukar mode layer duplicate kedua tersebut ke Color Dodge.


7. Pada layer yang sama, klik Filter > Blur > Gaussian Blur.


8. Pilih nilai yang sesuai apabila gambar kamu nampak seperti lakaran. Klik Ok.


9. Seterusnya, klik Layer > New Fill Layer > Pattern.


10. Pilih pattern kesukaan kamu. Klik pada arrow kecik (kebawah) untuk lihat pattern, klik arrow kecik (kekanan) untuk lihat set pattern.


11. Tukarkan mode layer pattern tadi ke Soft Light.


12. Klik layer pattern, tekan Shift dan klik pada layer Background copy seterusnya lepaskan Shift. Untuk pilih secara individu, tekan Ctrl dan klik pada layer.


13. Klik mouse kanan pada mana-mana layer yang dipilih, klik Merge Layers.



14. Pada layer yang telah dimergekan, tukar mode ke Luminosity.


Sebelum

Selepas

Inilah hasilnya, saya rasa tutorial ini agak direct. Persoalannya, adakah kamu mudah faham dengan cara camni? Kalau ada yang nak bagi pandangan, dipersilakan. :D Memandangkan tiada komen yang terpilih untuk post yang lepas, hadiah itu akan dibawa ke teka-teki yang akan datang. What the!! Teka-teki?! Harap kamu join teka-teki nanti ya. Jika kamu ada pertanyaan atau pendapat mengenai tutorial ini, sila tinggalkan di bahagian komen. :)


Kongsi artikel ini dengan kawan di Facebook, tekan butang 'Like'. TQ. :)

Skip to comment form | 4 Comments:

Amoi said on Thursday, May 20, 2010

mana perginya tutorial yang lama? sedih taw. T.T

Biskoot said on Thursday, May 20, 2010

jgn bsedih cik amoi, biskoot pn lemau nnt.
tutorial lama akan dipos semula dgn lebih detail & gambar. tunggu ya! hehe :D

bulletofmine said on Saturday, June 19, 2010

woah. awong da feymes.
power ar ex-roomate aku!

geekz36 said on Wednesday, December 08, 2010

terbaik utk newbie mcm aku, :D

Post a Comment

Jangan segan-segan untuk tanya soalan @ luahkan pendapat. Tuan blog ni tak makan orang. Dia makan nasi pattaya & minum air horlick je. Tinggalkan link terbaru supaya tuan blog boleh melawat semasa sesi terjahan beliau berlangsung. Gunakanlah smiley yang ada dengan serakusnya. :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))


Newer Post Older Post Home