Page Rank Check
[close]

Photoshop: Fisheye Effect


Hi semua, biskoot baru join Gengblogger setelah diperkenalkan oleh cik Catt. Kita berkenal-kenalanlah disana ye. Tutorial efek fisheye kali ni telah direkues oleh cik Edora. Sinopsis tutorial efek fisheye, efek lens kamera dari view mata ikan yang bulat, biskoot tengok efek ni selalu guna dalam video sukan extreme. Tutorial ini akan tunjukkan cara untuk menghasilkan efek fisheye.


1. Buka gambar yang nak edit, klik File > Open (Ctrl + O).


2. Seterusnya pilih layer Background di panel layer dan klik Layer > Duplicate Layer.

CARA SPHERIZE:


3. Biskoot akan buat 5 cara mengikut turutan, tajuk diatas hanya untuk bezakan setiap cara. Pilihlah cara yang terbaik, klik Filter > Distort > Spherize.


4. Setkan mode pada Normal dan amount mengikut sesedap rasa, biskoot letak 100%. Setelah selesai klik Ok.


5. Perhatikan, efek Spherize tidak sesuai sebab ia menghasilkan part yang tidak melengkung (rujuk sudut imej).


6. Jadi delete layer itu, klik butang mouse kanan pada layer Background copy dan klik Delete Layer.

CARA PINCH:


7. Seterusnya buat layer duplicate baru, rujuk no 2. Klik Filter > Distort > Pinch.


8. Setkan amount mengikut sesedap rasa lagi, biskoot letak -100%. Setelah selesai klik Ok.


9. Perhatikan pada bahagian cerah, efek Pinch tidak sesuai sebab ia menghasilkan bahagian yang tidak melengkung. Jadi delete layer ni, rujuk no 6.

CARA LENS CORRECTION:


10. Seterusnya buat layer duplicate baru, rujuk no 2. Klik Filter > Distort > Lens Correction.


11. Popup akan keluar, setkan nilai pada bahagian biru & pink seperti imej diatas (klik untuk besarkan imej). Setelah selesai, klik Ok.


12. Hide dulu layer Background, klik pada ikon mata.


13. Kawasan petak-petak adalah kawasan transparent, kita boleh lihat dengan jelas imej yang terhasil daripada Lens Correction tidak memenuhi ruang.


14. Untuk edit imej tersebut, klik Edit > Transform > Warp.



15. Tarik bucu imej seperti diatas. Perhatikan imej tersebut jadi seperti imej asal jika kita edit bucunya. Kalau resize imej jadi besar supaya memenuhi ruang, imej tersebut jadi blur.


16. Jadi delete layer ni, klik pada ikon tong sampah (pink). Ini cara lain untuk delete layer selain no 6.

CARA WARP FISHEYE:


17. Seterusnya buat layer duplicate baru, rujuk no 2. Klik Edit > Transform > Warp.


18. Pada setting diatas, klik drop-down list dan pilih Fisheye.


19. Seterusnya tarik ikon petak kecik (pink) keatas dan kebawah mengikut efek yang dimahukan. Setelah selesai, tekan Enter.

CARA WARP CUSTOM:


20. Ataupun cara ni, pilih Custom dari drop-down list setting. Kamu mungkin perlu delete layer sebelum ni (rujuk no 16 atau 6) dan duplicate layer Background (rujuk no 2).


21. Tarik bahagian dalam petak kecil sehingga ia berbentuk seperti imej diatas. Setelah selesai, tekan Enter dan imej fisheye kamu dah pun siap.

Sebelum

Selepas

Ok, menarik kan? Untuk bahagian gelap di tepi imej boleh rujuk tutorial Efek Lomo. Biskoot ada dapat cadangan daripada pelawat kat Rekues, dia cadangkan untuk letak imej before & after. Tutorial yang lepas biskoot dah edit balik, jadi senanglah untuk kamu faham. So korang pun hantarlah lagi cadangan nanti biskoot pertimbangkan. Jika kamu ada pertanyaan atau pendapat mengenai tutorial ini, sila tinggalkan di bahagian komen. :)


Kongsi artikel ini dengan kawan di Facebook, tekan butang 'Like'. TQ. :)

Skip to comment form | 11 Comments:

Nisa A. said on Tuesday, May 25, 2010

waaaaaaaaa fisheye..!!!
sukaaa~~~

edora deon said on Tuesday, May 25, 2010

wahhhh .thanks zaim . :D

SUKAA!

El Soraya said on Tuesday, May 25, 2010

woooaaaaah peninggggggggg :O

but thanks anyway. aku suke gila efek ni. thanks to edora and to pacik biskoot :D

Khatijah Hamid said on Tuesday, May 25, 2010

Pening kepale aku . Rupenye kau tunjuk semua cara yang ko gune. Ahahaha. Aku dah buat. Dua2, lomo n fisheye.
Best best!

Terima kasih biskoot! HAHA :DD

Cpija said on Tuesday, May 25, 2010

wa! nice!

Biskoot said on Tuesday, May 25, 2010

terima kasih untuk komen korang. support biskoot ye!

tia said on Wednesday, May 26, 2010

hebat betul ya inchik biskoot nih.. :p

ay!e said on Tuesday, June 08, 2010

wao..cooll..

Biskoot said on Thursday, June 10, 2010

@tia - biskoot xhebat, photoshop hebat.. huhu

----------------------------

@ayie - tq. :)

Anonymous said on Monday, December 06, 2010

contoh yg pemandangan gan seperti pantai

Anonymous said on Sunday, February 20, 2011

gmbar ni kat pasum enn?

Post a Comment

Jangan segan-segan untuk tanya soalan @ luahkan pendapat. Tuan blog ni tak makan orang. Dia makan nasi pattaya & minum air horlick je. Tinggalkan link terbaru supaya tuan blog boleh melawat semasa sesi terjahan beliau berlangsung. Gunakanlah smiley yang ada dengan serakusnya. :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))


Newer Post Older Post Home