Page Rank Check
[close]

Photoshop: Sampul Duit Raya Template


Hi semua, dah lama biskoot menyepi tanpa khabar berita pasal bertapa kat gunung ledang. Tapi ada juga luangkan masa untuk follow blogger yang datang bertandang kesini, tengoklah blog korang ada ke tak kat sidebar blogger. Masa tu juga jadi silent killer reader kat blog yang selalu update, biskoot memang dasar penipu pemalu!

Nak dengar gossip panas? Sekarang si Ikemal dah ada design blog baru.. kemas lagi tu sebab ada cewek bantu. Tak kenal?! Beliau famous dengan ayat 'sedangkan loser ingin in love', tipu korang tak ingat. Pastu dengar pula cerita yang si Aiz dah pun berkahwin berteman, siapa dia tu? lelaki ke perempuan? melayu ke korea? lu jenguklah sendiri, biskoot (opss terikut stail Nabil). Kalau Aiz dan Ikemal dah berteman? mana mungkin biskoot tak berteman haha. Ok tutup bab ni, jom kita buat sampul duit raya. Asyik pakai yang free dari bank je setiap tahun, kita buat perubahan sikit tahun ni. Tutorial ini akan tunjukkan cara untuk hasilkan template sampul duit raya. :)


1. Klik File > New > Open (Ctrl + N).


2. Guna setting seperti diatas.


3. Klik pada Rectangle Tool (U) di toolbar.



4. Klik dan tarik seperti diatas untuk buat petak.


5. Tekan Shift semasa tarik, bentuk tadi akan berubah menjadi segiempat sama. Guna cara ni untuk resize mengikut skala yang konstan.


6. Pastikan petak tadi bersaiz 80% dari kanvas.


7. Buat setting baru seperti diatas.


8. Buat line yang panjang melebihi tinggi petak hitam.


9. Tekan Ctrl dan diikuti klik ketiga-tiga layer di panel layer.


10. Klik pada Move Tool (V).


11. Klik pada dua petak biru diatas.


12. Semua layer akan tersusun pada pusat tengah kanvas.


13. Buat shape baru menggunakan setting diatas.


14. Buat shape pada bahagian kanan (front cover) seperti diatas.


15. Buat untuk ketiga-tiga sisi seperti diatas. Namakan ia sebagai layer gam sebab part ini akan digamkan.


16. Pastikan ketiga-tiga layer tersebut berada dibawah layer petak hitam, Shape 1.


17. Buat shape baru menggunakan setting seperti diatas.


18. Buat shape di bahagian kiri (back cover) seperti diatas. Namakan ia sebagai layer akan gam sebab part ini akan jadi kawasan gam. Aduyai, bakunya bahasa hehe.


19. Pastikan kedua layer tersebut berada diatas layer petak hitam.


BAHAGIAN GABUNG PATH SHAPE


20. Klik pada layer gam yang teratas.


21. Klik pada Pen Tool (P).


22. Tekan Ctrl dan tarik sehingga boleh select keseluruhan path layer gam tu. Seterusnya, tekan Ctrl + C untuk copy.


23. Klik pada Vector Mask layer petak hitam (ikon petak putih) di panel layer.


24. Tekan Ctrl + V untuk paste. Layer tersebut akan berubah jadi warna hitam kerana path layer gam tadi telah dimasukkan kedalam path petak hitam.


25. Ulang semula cara tadi untuk layer gam bahagian bawah.


26. Tekan Ctrl dan klik pada layer gam yang berwarna kelabu kecuali yang panjang. Klik pada ikon tong sampah untuk delete layer tersebut.


27. Seterusnya, letak teks diatas template yang hampir siap.


28. Pastikan layer yang nak didesign berada dibawah layer akan gam dan berada diatas petak hitam.


29. Line merah dijadikan sebagai penanda tengah. Klik pada ikon mata untuk sembunyikan line tersebut.

 Contoh 1

 Contoh 2

Tutorial ni telah direkues oleh Qaseh Insyirah, uh macam nama drama je hehe. Kepada bro Ayie dan Edora, biskoot akan pertimbangkan tutorial yang kalian rekues sebab tengah buntu ni hehe. Ha.. tengok atas tu biskoot buat dua contoh untuk korang. Kalau dah siap sampul duit raya, jangan lupa untuk postkan ke rumah biskoot duit raya tahun ni hehe. :)

Psst - Sesiapa yang lepasan matrikulasi dan asasi nak semak upu sekarang, boleh klik sini. Isi maklumat dan proceed sehingga website tu beritahu yang talian belum dibuka. Pada page tu tengok pada address bar, cari ayat 'semakan04' tukar kepada 'semakan02' dan tekan enter. Wallah..! beritahu biskoot korang dapat mana.


Kongsi artikel ini dengan kawan di Facebook, tekan butang 'Like'. TQ. :)

Skip to comment form | 36 Comments:

padukakerol said on Thursday, June 17, 2010

memang best tutorial ni. really good article!!!

El Soraya said on Thursday, June 17, 2010

dah nk raya kah?

Biskoot said on Thursday, June 17, 2010

@kerol - tq kerol. :-*

------------------

@lyla - blm er, ni persiapan sblm raya.. kihkih2.

FCUTEAM said on Thursday, June 17, 2010

^__^ haha.. nasib baik potong perkataan kahwin.. ^__^ gagaga...

Nina Nurziana said on Thursday, June 17, 2010

wa...hebat!!!

Biskoot said on Thursday, June 17, 2010

kekeke... gossip2.. keke segar dari ladang ni.. jgn mara aiz, gurau2 je. hehe. :p

Biskoot said on Thursday, June 17, 2010

@nina - tq. :)

En iLHAM said on Thursday, June 17, 2010

wah
dah buat persiapan awal ni
hehe
bagus2
nak cuba nanti

Biskoot said on Thursday, June 17, 2010

hehehe...biskoot mmg camni puasa pun tak lagi, ni kan sampul duit raya da siap.

Lucid Ikemal said on Friday, June 18, 2010

wahha. yang part awek bantu tu betul la. tapi mana ada pasangan. haha.=))

Rara said on Friday, June 18, 2010

xpenah design lagi kad raye.t mau cube. masyeh ^_^

Ana Joe said on Saturday, June 19, 2010

wahh.
bes nye..terima kasih biskoot! =)

Mea Zaffa said on Saturday, June 19, 2010

thnx biskoot...mmg m'bantu...i request pn coz nk wat preparation je...my sis yg srh...atleast bley la i jd kn panduan... :D

Mira Edora said on Monday, June 21, 2010

ini sangat wow !

Biskoot said on Tuesday, June 22, 2010

@ikemal - hoho.. gossip panasz..

------------------------

@emora - kad raya, meh buat sampul duit raya dlu. da terer bru upgrade kad raya. :)

------------------------

@ana - sama2. :)

------------------------

@insyirah - sama2. kerana tuhan untuk manusia.. hah! teka, motto universiti mana ni.. haha.

------------------------

@edora - wow sekali lagi!

Dolmar Desserts said on Tuesday, June 22, 2010

Ikemal:
hahahaha, tak boleh tolong sape2 dah lepas ni, nanti dianggap teman tapi mesra. kang boypren ai perambat pakai parang, naya. haha.

hye biskoot, blogwalking tiba2 sampai kat sini..:D tengok2 ade plak gossip pasal ikemal.boleh bahan dia lepas ni.

Anyway, nice blog! :D piap3. tepuk tgn!

hamzahkumas said on Wednesday, June 30, 2010

lawa blog ermmmm

F u d E y e 7 said on Wednesday, August 04, 2010

thank so much bro ^_^

haa, yg wording Selamat Hari Raya 'Contoh 2'
tu semart la.. ade tutorial x bro?..hehe

tQ2..so cool ur blog

Raja Rojak said on Saturday, November 13, 2010

thnks bro... mmg lawa...

aisya arifin said on Wednesday, December 22, 2010

HELLO !
ouh buat sample dah reti.but canner nak design s.duit tu pulak ? adatak link tutorial nak design pakai vector / brushes ?


http://aisyahkata.blogspot.com/2010/12/monday-treat-popsicle.html

Siti Nadzirah Zakariah said on Wednesday, June 08, 2011

alamak best nye. tapi malang. xde photoshop. hampeh =.='

dzul said on Monday, June 13, 2011

Salam, nak tanya sikit....nanti nak print guna paper apa ya.....nak try buat la.....dan berapa estimate harga kertas tu...terima kasih

Kaligraphix said on Sunday, July 10, 2011

free download tros takde?? malas nak buat. ngeh3

Anonymous said on Saturday, August 20, 2011

baru nampak laa..
sama soalan spt dzul

nak print guna ketas ape?

terima kasih biskoot, tutorial yg mencabar minda..

Aleen Rayyan Paradise said on Tuesday, July 03, 2012

susahnya nak buat ... tlog ajar sya ..

Lasykar Langit dan Bumi said on Friday, July 20, 2012

Saya nak cuba buat...

Sofea Pinky Girls said on Friday, September 07, 2012

kalau buat sampul kad yg melintang tu mcm mana plak? tlong ajar ckit...hehehe btw, nice blog xD

Anonymous said on Friday, May 17, 2013

boleh ke kalu tak ikut ukuran sebenar? takut bile nk print real size, nanti pic pecah2..

huhu.. just share je..

Nur Hamizah said on Wednesday, June 05, 2013

cmne nak masukkan background tu ye?

zeant said on Monday, June 24, 2013

pesal layer aku buat muncul color overlay pulak???padahal sama jer cara buat tadi..adeh..4 kali try asyik failed..leh detailkan setting dier tak?

zeant said on Monday, June 24, 2013

failed langkah ke-9..huhuhuhuu

nurdani said on Friday, July 12, 2013

biskoot...untuk paint tool sai pun lebih kurang la eh?

Cyiro Riyashi said on Friday, July 19, 2013

assalam..bro cm mana nak wat text ala rainbow tu..

lynn said on Friday, July 26, 2013

guna jenis paper apa erk untuk print ??

Tapak Kaki Hud Hud said on Monday, June 27, 2016

tq tq tq sifu biskut.. mmg bermanfaat utk ummat.. cia cia ;;)

FARHANIS said on Tuesday, May 14, 2019

IF NAK LETAK LOGO MACAM MANE

Post a Comment

Jangan segan-segan untuk tanya soalan @ luahkan pendapat. Tuan blog ni tak makan orang. Dia makan nasi pattaya & minum air horlick je. Tinggalkan link terbaru supaya tuan blog boleh melawat semasa sesi terjahan beliau berlangsung. Gunakanlah smiley yang ada dengan serakusnya. :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))


Newer Post Older Post Home