Page Rank Check
[close]

Photoshop: Image Processor


Hi semua, maaflah ye biskoot lama tak update. Sekarang ni mood nak blogging berkurang pasal banyak keje lain yang lebih utama. So tutorial ni just simple-simple je ye, kita senam jari dan otak sikit hehe. Imej processor ni memudahkan korang edit gambar secara pukal. Contohnya, Hasni (bukan nama sebenar) baru balik dari majlis kawin dan asyik suka bergambar mengalahkan pengantin (327 pics). Semua gambar tu pula nak masukkan dalam dia punya facebook/blog/etc. Beliau pun tension kerana baru upload 5 gambar (4mb per pic) dah ambil masa sejam, connect guna kabel tepon la tu. Tiba-tiba Hasni (diulangi bukan nama sebenar.. hehe) termasuk pula blog biskoot (promot blog sendiri haha) dan terbaca tutorial ni. Nak tahu apakah kesudahannya?


1. First sekali, ikut tutorial ni. Buka photoshop, klik File > Scripts > Image Processor.


2. Katakan ini folder yang biskoot nak process gambar tu.


3. Yang biru, pilih folder yang banyak sangat gambar korang nak edit tu. Photoshop akan edit semua gambar, diulangi semua gambar dalam folder yang korang pilih tu. So separatekan la mana yang tak nak supaya tak lama sangat nak process gambar tu. Yang pink, biskoot amik Save In Same Location. Ambil option seterusnya untuk save kat tempat lain. Yang kuning, korang ikut jela setting tu. Kalau nak quality tinggi letak 14, nanti saiz file pun tinggi juga la. Nilai width dan height tu adalah maksimum dimensi gambar yang akan diresize. Pastu buat setting seperti diatas, dah siap klik Run.


4. Selepas proses berdesap-desup tu selesai, akan ada folder JPEG seperti diatas. Macam tadi, biskoot Save In Same Location. Bila save kat tempat lain pun akan ada folder JPEG ni. So dalam folder tu la gambar yang dah diedit, gambar lama masih ada lagi.


Walaupun biskoot letak maksimum widthnya 720 pixel, ada la sikit dimensi  tidak seperti yang dijangkakan macam imej diatas. Korang boleh je guna Window Picture Manager dan segerombolan dengannya untuk buat proses ni, biskoot cuma sampaikan dalam cara photoshop. Jika korang ada pertanyaan atau pendapat mengenai tutorial ini, sila tinggalkan di bahagian komen. :)

P/S - Oh ya! Hasni tak dapat upload semua sebab kawasan rumah dia blackout haha.


Kongsi artikel ini dengan kawan di Facebook, tekan butang 'Like'. TQ. :)

Skip to comment form | 8 Comments:

ay!e said on Thursday, June 10, 2010

follow me..ayienation.blogspot.com:((:D

SD said on Thursday, June 10, 2010

eerrmmmmmm.......biasa guna picture manager jer....huhuhuhu...ilmu2.....

EDDY DY said on Thursday, June 10, 2010

Thanks atas tutorial di atas..biskoot ni org Kelantan ker? sbb gambar tu gambar masjid Muhammadiyyah kan?

Qaseh Insyirah said on Thursday, June 10, 2010

bley x paparkan tutorial cmne nk wat sampul duit raya???

suFiah Y said on Friday, June 11, 2010

great!

Biskoot said on Saturday, June 12, 2010

@ayie - da follow.. da2 jgn nangis.. hehe

------------------

@sd - btul2.. ilmu nih.. :)

------------------

@eddy - er, hehe.. biskoot bukan orang kelantan. kan entri lepas, ada beritau yg biskoot pegi kelantan. sempat tangkap gambar masjid muhammadiyyah ni.

------------------

@qaseh - hurm, boleh2 akan dipertimbangkan. :)

------------------

@sufiah - tq. :)

Hasrol Nizam said on Saturday, June 12, 2010

oho..cepat je klau camni..sekali run je.thanks

samzaifamily said on Friday, October 22, 2010

biskot nie org selangor!hahaha

Post a Comment

Jangan segan-segan untuk tanya soalan @ luahkan pendapat. Tuan blog ni tak makan orang. Dia makan nasi pattaya & minum air horlick je. Tinggalkan link terbaru supaya tuan blog boleh melawat semasa sesi terjahan beliau berlangsung. Gunakanlah smiley yang ada dengan serakusnya. :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))


Newer Post Older Post Home