
Hi semua, lagi 2 minggu untuk biskoot berblog. Selepas tu mungkin agak payah bagi biskoot nak buat tutorial baru kerana sudah mula menyibukkan diri dengan persediaan ke ipta. Tapi biskoot try sebanyak mana yang boleh. Hari tu cik Chybee ada tag biskoot, tenkiu ya hehe (biskoot tak reti buat tag). So kali ni biskoot tunjuk cara untuk tukar warna baju, objek lain pun boleh tapi perlu yang kontra dengan warna sekeliling. Tutorial ini akan tunjukkan cara untuk ubah warna baju.
1. Klik File > Open. Pilih dan buka gambar yang nak digunakan.
2. Klik pada Polygonal Lasso Tool (L).
3. Buat satu bentuk yang merangkumi bahagian yang nak diubah warnanya.
4. Setelah selesai, korang akan dapat selection garis putus-putus ni. Kena select camni supaya tak kacau warna hijau yang lain, apa-apa perubahan hanya berlaku kat dalam selection tadi je.
5. Klik pada Zoom Tool (Z).
6. Zoom pada bahagian tersebut supaya senang korang nampak warna hijau tu. Berdasarkan gambar diatas, ada warna hijau terang dan hijau gelap (shadow).
7. Klik pada Image > Adjustments > Replace Color.
8. Satu window akan keluar, klik pada warna hijau terang baju tersebut dan perhatikan pada imej hitam-putih dalam window tu. Putih bermaksud bahagian yang akan diubah warnanya dan hitam sebaliknya. Pada Fuzziness (biru), adjustkan nilainya supaya imej hitam-putih menjadi lebih kontras.
9. Klik pada tools biru dan klik pada warna hijau gelap (shadow) baju tersebut. Cara ni akan menambahkan bahagian yang akan diubah warnanya. Tools yang berada disebelah kana biru, akan lakukan yang sebaliknya.
10. Setelah mengklik pada bahagian baju tersebut dan imej hitam-putih menjadi kontra seperti diatas (border pink). Korang boleh ubah warnanya dengan mengklik pada Result (border biru), pada Saturation dan Lightness jangan diubah nanti background korang akan jadi lain. Perhatikan pada border kuning, ada sedikit warna yang masih tidak diubah. Jadi gunakan tool yang sebelum ni untuk pilih warna tersebut untuk diubahkan warnanya.
Sebelum
Selepas
Terima kasih kepada Edora kerana bagi menggunakan gambar model cute ni. Jika korang ada pertanyaan atau pendapat mengenai tutorial ini, sila tinggalkan di bahagian komen. :)
Kongsi artikel ini dengan kawan di Facebook, tekan butang 'Like'. TQ. :)
Skip to comment form | 19 Comments:
mcm magic
baru tau fungsi bende alah tu..:)
Wow, that's so cool..
wa... this is nice ;)
en.biskoot memang bijak.... yay! boleh tukar semua baju jadi kaler pink... kwang2..
bab no. 3 tu aku selalu tension buat...lain yg diingin lain jadinya..sbb tu la x pakai photoshop nih.... :((
ada banyak cara menukar warna salah satunya yang paling senang adalah guna replace color.
@lyla - fuiyoohh magic! hehe..
------------------
@nuyuena - hehe, petanda belum mahir lagi tu. kene study photoshop lebih skit. :)
------------------
@jfook - tq. :)
------------------
@nina - harap ia membantu. :)
------------------
@white.mommy - klu xde photoshop siapalah biskoot. er, semua baju jadi pink ke??? huhu.. :p
------------------
@eddy - yg no3 tu pastikan kat setting tools di bahagian atas pilih pada 'new selection'. secara defaultnya, photoshop mmg akan set pd 'new selection'.
------------------
@yahaya - ya, cara lain juga dengan buat satu shape yang serupa dengan bentuk baju pastu tukar kaler shape dan mode kepada 'color'. :)
suka tutorial yang ni.. =)
rasa cam nak try
Zaim, smlm aku nampak ko makan org kot...
hahaha...
Kantoi...
hahaha
@cik.pudding - cuba jgn tak cuba.. :)
--------------------
@xerox - eh, mana de.. org len tu. haha.
saya suka blog awak...:D
sebab saya memang sangat suka nak edit gambar..
nway, thanks for ur tutorial..;)
saya follow blog awak ekh..
senang-senang singgahler blog saya..hehe..;))
Ehmm,,kurang phmlh photoshop ni,,hehe
sya x reti nk gna :(
nape ble buat cam ade cacat2 sket kat tepi2 antara baju ngn dinding tuh.. sbb lekat kaler asal baju
:D, blh try lepas ni
oh senang saje rupanye ekk..tengss...;))
ouh. senang je. ok try sekarang! ;;)
new post: http://sigadiscomel.blogspot.com/2011/04/macam-mana-nak-bagi-cornflakes-rasa.html
susahnya .. xmenjadi la .. help me
Lucky Club Casino site and login bonus
Lucky Club Casino login bonus 카지노사이트luckclub Lucky Club Casino is an online casino site that was established in 1998. They are known for their huge jackpot 🏆 Lucky Club Casino: Claim Bonus
Post a Comment
Jangan segan-segan untuk tanya soalan @ luahkan pendapat. Tuan blog ni tak makan orang. Dia makan nasi pattaya & minum air horlick je. Tinggalkan link terbaru supaya tuan blog boleh melawat semasa sesi terjahan beliau berlangsung. Gunakanlah smiley yang ada dengan serakusnya. :)