Hi semua, biskoot jarang update dah sekarang. Sekarang banyak sangat borang kena isi seperti borang maklumat diri, borang kesihatan, borang kahwin dan juga borang yang boring diisi. Biskoot percaya ramai yang nak masuk IPT tengah sibuk isi borang, tak kisah lah 'Institut Penari Tango' ke, 'Ini Polis Trafik' ke, 'I Perut Tough' ke semuanya tengah buat-buat sibuk.
Bila tengok ada orang follow blog ni, tinggalkan jejak dekat entri & chatbox, membuatkan biskoot rasa sayu tilu (eh? band tilu!) melihat keadaan blog yang tidak berupdate. Jadi ini adalah tutorial simple untuk korang. Tutorial ini akan tunjukkan cara guna tool color range.